Thursday, May 31, 2012

Buliten EMAS & PERAK


Emas dan perak sebenarnya adalah matawang
Emas dan perak adalah sebenarnya matawang sama seperti RM, USD, AUD dan lain-lain. Cumanya matawang emas (dinar) dan perak (dirham) tidak lagi digunakan sekarang. Oleh sebab itu hukumnya harus membeli, menjual dan mengambil keuntungan dari kenaikan harga emas dan perak!
Cuba perhatikan gambar di bawah, pasti anda juga bersetuju dengan kenyataan tersebut. Apa yang menarik lagi, walaupun emas dan perak sudah tidak digunakan sekarang kedua-dua logam ini amat stabil untuk tujuan jualbeli dan pelaburan.


Kesan kepada Malaysia jika Greece kehabisan wang



Wang kertas tiada nilai, wang kertas makin banyak dicetak tetapi hakikatnya simpanan emas tiada. Kelompok yang memperkenalkan wang fiat mempunyai agenda tersendiri untuk menindas dunia dengan ada hutang/interest melalui pinjaman tetapi akhirnya sudah kelihatan “senjata sudah makan tuan”. Banyak negara-negara di sekitar Afrika telah menjadi mangsa kegagalan/bangkrap daripada kesan penggunaan wang kertas dan juga inflasi melampau-lampau.


7 Perkara fobia orang Melayu bila sebut simpanan emas fizikal

Sebelum saya mula eloklah saya terangkan dahulu, bahawa nukilan di bawah ini bukanlah suatu fakta yang anda boleh percaya 100%, tetapi nukilan ini terhasil dari pengalaman pengalaman berbual bual dengan saudara mara, rakan sekerja, rakan sekolah, orang tak dikenali sama ada secara bersemuka, private message, telefon dan sms.

Antara perkara yang biasa saya dengar bila bercakap pasal simpanan emas fizikal ialah:

1) Takut kena zakat.

Yup, ini duduk “ranking” no. 1. Kebanyakan dari mereka seperti “mengeluh” atau “takut” kena bayar zakat kalau simpan emas. Alhamdulillah, dari satu segi, ini menunjukkan, betapa orang Melayu Islam di sini rata ratanya mengambil berat tentang zakat, dan ini suatu perkara yang harus dipuji. Tetapi dari satu sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat perlaburan atau simpanan emas, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. Dan rata2 yang ditanya masih tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dan emas perlaburan, uruf2 menurut negeri2 di malaysia dan cara mengira zakat emas yang perlu di bayar.

2) Takut kena rompak, tak tahu bagaimana nak simpan atau di mana nak simpan.
Ini pun selalu saya dapat feedback.Tak dinafikan, risiko untuk berlaku kecurian, rompakan. kebakaran dan seangkatan dengannya memang ada. Tetapi cuba anda fikirkan semula, barang apa yang tak dicuri orang kalau tak dijaga?
Apa yang nak saya terangkan, setiap risiko pasti ada cara mengatasinya atau paling tidak meminimumkan potensi risiko risiko tersebut dari terjadi . Dalam hal menyimpan emas, jika sedikit2 bolehlah diusahakan simpan di suatu tempat rahsia di dalam rumah. Tapi kalau simpanan emas tuh dah sampai berkilo kilo, takkan orang sekaya anda tak mampu nak cari safe deposit, berlambak bank sediakan safe deposit dengan kadar yang wajar kat luar sana tuh. Barang anda, menjadi tanggungjawab anda menjaganya dengan baik.Dan jangan lupa berdoa dan bertawakal pada Allah dalam segala hal yang kita usahakan.

3) Takut rugi yakni rasa mahal masa nak beli, rasa rugi bila jual semula
Ini selalu dibimbangi bagi mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya, dapat dividen bulan2, atau memang tak tahu langsung pasal investment. Golongan ini tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk dapat keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Saya tak salahkan mereka, sebab saya sendiri pun berfikiran macam ini, sebelum saya dicelikkan dengan izin Allah melalui pembacaan, tontonan video dan perbincangan forum mengenai realiti wang yang sebenar.

Bila kita tahu penipuan wang kertas yang sudah lama bertapak dan sudah makin hampir ke penghujung hayatnya, anda akan tahu, betapa bernilainya emas.
Apa yang saya dapati, kebanyakan dari mereka ini juga hanya tahu, emas hanya sebagai perhiasan wanita dan hanya boleh di beli di kedai kedai emas sahaja.
Dan bila hanya tahu kedai emas sahaja boleh emas, bila nak jual semula pun di kedai emas sahaja, di mana, harga emas terpakai adalah 15 hingga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa. Begitu juga harga jualan di kedai emas yang rata rata lebih tinggi premium dan kos upahnya. Sebab itu ilmu penting sebelum memulakan sesuatu perlaburan, dan salah satu nak dapatkan ilmu kenalah membaca, bertanya dan berbincang dengan orang yang anda rasa boleh dipercayai.

4) Takut kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya.
Ada jugak yang risau ditipu. Nasihat saya, belilah dari orang yang anda percaya, dan jangan terburu buru mencari harga yang murah dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku. Anda boleh rujuk senarai pengedar pengedar yang sah sebelum anda berurusan dengan seseorang.

5) Takut bila emergency, susah nak “cairkan” pada wang kertas.
Jangan bimbang, selagi emas di tangan anda, anda sebenarnya memliki “ibu duit”. Dengan kemudahan pajakan “Arrahnu”, di bank rakyat, agro bank, koperasi koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah, anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.

6) Takut susah nak bahagi2 pada anak2 bila kita dah mati nanti
Ini mungkin jarang anda dengar tapi memang ada berlaku di kalangan orang yang saya kenali.
Ibunya telah meninggal dunia dan meninggalkan ± 40 gram barang kemas dan menjadi kesulitan untuk dua orang anak lelakinya membahagikan harta tersebut secara adil.

Saya bagi 3 solusi pada mereka:
1) Jual pada peraih emas, dapat duit bahagi samarata
ATAU
2) Salah seorang beli emas tersebut pada harga emas terpakai dengan kiraan berat separuh dari jumlah gram keseluruhannya(tapi cadangan ini sukar nak dibuat sebab ketulinan barang kemas berbaza dalam kes ini)
ATAU
3) Salah seorang Pajak di Arrahnu, ambil duit tersebut dan bayar duit pada seorang lagi dengan harga nilaiaan separuh dari nilai marhun emas yang dipajak tersebut kemudiaan tebus semula emas dalam jangkamasa yang ditetapkan.

7) Takut bini nak pakai emas tersebut walhal kita beli untuk buat investment je(bg kes barang perhiasan la)
Ok, saya pun tak tahu bagaimana nak bagi nasihat. Pada saya, kalau saya di tempat suami tersebut, saya akan bagi penerangan awal2, dengan buat2 muka comel dan suara manja2 gitu.

Suami mithali,”ayang, yang rantai ni abg hadiahkan utk ayang, ni ayang punya tau…yang rantai tangan tu abang punya tau, itu”investment” abang, tapi kalau ayang nak pakai jugak pakailah, abang tak kisah, janji ayang jaga elok2 ye”… dan mungkin anda akan dapat jawapan ni

Isteri mithali , “Ya Allah abang, susah2 aje abang nie, tapi abang dah offer tak baik tolakkan hihihi”

ataupun

Isteri cemburu buta,” Investment? investment ape kebendanyer abang ? Invest nak kawin lagi satu ????!!!”

Haha.Sekian sahaja nukilan saya pada malam ini. Seperti yang saya ungkapkan di awal karangan ini, ini bukanlah 100% benar, tetapi hanyalah berdasarkan pengalaman pengalaman saya daripada perbualan perbualan dengan orang orang yang sudi berbual dengan saya tentang emas dan simpanan emas.Akhir kata apa yang baik ambillah pelajaran darinya dan yang kurang baik itu dijadikan sempadan. Jom jadikan sebagai simpanan alternatif anda, 1 bulan 1 gram insyaAllah =).



Emas Naik Lagi!!
update 1 Jun 2012
(Graf hijau adalah kenaikan harga emas: Kenaikan 7%-8%)
Anda nak tunggu apa lagi? tunggu emas naik lagi tinggi. Belilah dari sekarang!

Emas cecah RM6140 se oz

Capai harga tertinggi tahun depan kesan kemerosotan tarikan pelabur

KENAIKAN harga emas ke paras tertinggi melebihi AS$2,000 (RM6,140) seauns yang dijangka dicapai tahun depan, akan memberi petanda bahawa logam berharga itu mencapai paras harga kemuncak dalam aliran meningkat sejak lebih sedekad lalu apabila dasar kewangan di negara ekonomi utama kembali normal, kata Pengerusi Perundingan Logam (GFMS), semalam.
Pasaran dijangka meningkat kepada paras tertinggi baru menjelang awal 2013 selepas bergelut tahun ini ekoran permintaan agak perlahan di pasaran fizikal utama dan kemerosotan tarikan pelaburan untuk jongkong emas, kata Philip Klapwijk.

Harga emas mungkin melepasi AS$2,000 berikutan kebimbangan terhadap krisis hutang zon euro yang berterusan dan prospek berhubung lebih banyak pelonggaran dasar monetari AS, katanya.

“Kami menjangkakan dapat menyaksikan harga emas naik melepasi AS$2,000 pada 2013, namun begitu tahun depan mungkin menjadi sebagai petanda tertinggi untuk pasaran,” kata Klapwijk.

“Ia bergantung kepada sama ada kami melihat beberapa penyelesaian di Eropah yang mencukupi untuk mengambil beberapa langkah mengatasi isu berakhirnya langkah rangsangan di AS serta prospek normalisasi dasar monetari,” katanya.

Klapwijk berkata, emas dijangka diniagakan sekitar AS$1,530 hingga AS$1,920 seauns pada 2012, dengan harga purata AS$1,731 seauns.

Harga akhir tertinggi yang dipaparkan sedikit di bawah rekod tahun lalu iaitu AS$1,920.30 seauns yang dicatatkan pada September.

“Apa yang kita lihat adalah penangguhan berikutnya kepada kenaikan harga tertinggi,” kata Klapwijk sebelum melancarkan laporan GFMS Gold 2012.

“Paras harga melepasi AS$2,000 seauns mungkin akan melihat lebih banyak cerita untuk separuh pertama 2013 berbanding beberapa perkara yang kita akan lihat pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Melihat kepada unjuran untuk bekalan dan permintaan tahun ini, beliau menunjukkan kepada lebihan asas dalam pasaran yang mana dolar akan berjumlah AS$130 bilion.

Kaitan emas dengan aset lain seperti saham, dolar dan euro masih berubah secara berterusan.

Dalam tiga suku pertama 2011, kebanyakan emas didagangkan selaras dengan dolar berikutan pelabur membeli kedua-dua aset sebagai pelaburan selamat. Namun pada enam minggu terakhir, emas didagangkan berbanding dolar dan selaras dengan komoditi lain.

Walaupun kini emas kurang terdedah kepada turun naik dalam pasaran ekuiti, Klapwijk berkata, harga masih boleh jatuh secara ketara jika wujudnya satu pergerakan yang lebih rendah dalam bekalan. 

************************************************************************************************************
6 Pesanan Robert Kiyosaki di Malaysia

Salam Ceria!
Di sini saya nak kongsi bersama 6 pesanan penting beliau:

1) Menjangka Krisis Ekonomi Global pada 2016


2) Peperangan dengan Iran dalam jangka masa 2 tahun kerana Iran tidak akan memberhentikan program nuklearnya.

3) Lima aset yang berharga semasa krisis: Emas, makanan, senjata, hartanah & tenaga (oil)

4) Sangat menitik beratkan pelepasan cukai dalam bisnes dan pembelian hartanah

5) Cara beliau menjana kekayaan: Income dari BISNES digunakan untuk pinjam duit beli HARTANAH. Cashflow dari hartanah disimpan dalam bentuk KOMODITI (gold/silver/oil). Tiada simpanan dalam bentuk tunai kerana beliau tidak lagi percaya kepada kestabilan wang kertas.

6) Perkongsian selama 3 jam banyak mengingatkan hadirin tentang kepentingan terus belajar untuk meningkat financial IQ



      Daftar Sekarang : http://www.gsr2u.com.my/ahmad84

        
 Daftar FREE MEMBER untuk membuat belian Produk GSR online!




                           Renung-Renungkanlah! pilih baik-baik ya...

No comments:

Post a Comment