INFO TERKINI

BARANG KEMAS


BARANG KEMAS | Jika anda hendak buat nota pun boleh memandangkan GSR telah meniti dibibir-bibir masyarakat sebagai sebuah Gedung Emas Online yang berkenaan BARANG KEMAS. maka lebih baik kita persiapkan diri dengan ilmu barang kemas. 

Tak luput dek hujan tak lekang dek panas, itulah pepatah yang begitu sinonim dengan perhiasan emas yang sentiasa menjadi pujaan dan buruan dikalangan peminatnya walaupun masa telah merentasi zaman dan generasi berabad-abad lamanya. Dengan mengenakan perhiasan emas, si pemakainya kelihatan anggun dan menawan. Ia juga melambangkan status kehidupan si pemakainya. Kini tidak lagi ramai yg memakai perhiasan dari emas kemana-mana memandangkan perubahan zaman dan faktor keselamatan, sebaliknya beralih kepada koleksi kemegahan peribadi.

Emas boleh dimanipulasi oleh tukang emas dengan apa cara pun yang di ingini bergantung kepada kepakaran dan kemahirannya. Emas boleh dibentuk dengan berbagai bentuk, ia tidak mudah patah walaupun sebesar helaian rambut. Tahukah anda? satu auns emas boleh ditempa menjadi lembaran tipis ultra seluas sepuluh kaki persegi. Sifat emas tulen tidak terjejas atau sebam dengan elemen lain, tetapi tidak seperti logam-logam lain yang boleh menghasilkan residu dan berpindah ke kulit pemakainya sebagai daki atau kotoran. Biasanya ia menjadi masaalah bagi orang yang mempunyai alergi atau alahan logam yang digabungkan dengan emas, tetapi perlu difahami bahawa emas itu sendiri sebenarnya tidak mendatangkan masalah.

Apakah Mutu Perhiasan Emas Anda?

Adakah cincin di jari anda ditandakan 916, 950, 14K atau 18K? Untuk pengetahuan anda nombor menunjukan peratus kandungan emas tulen dan K mewakili karat, 1 karat bersamaan 200 mg, Semakin tinggi nombor karat, bermakna semakin tinggi kandungan emas dalam perhiasan emas anda seperti dibawah.

Standard Emas Malaysia
999 - 24K
950 - 23K
916 - 22K
875 - 21K
835 - 20K
750 - 18K
585 - 14K
375 - 9K
Emas di Malaysia lebih popular seperti bawah
1) Emas 10 atau 999 - 24K - 99.9% kandungan emas
2) Emas 950 - 23K - 95.4% kandungan emas
3) Emas 916 - 22K - 91.6% kandungan emas

* 24k gold, adalah emas tulen.
* 18K gold, mengandungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 75% emas.
* 14k gold, mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 58,3% emas.
* 12k gold, mengandungi 12 bahagian emas dan 12 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 50% emas.
* 10K gold, mengandungi 10 bahagian emas dan 14 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 41.7% emas. (10K emas karat adalah kandungan minimum yang boleh disebut "emas" di Amerika Syarikat).

Tanda Mutu bagi Negara Eropah
Perhiasan emas Eropah ditandakan dengan nombor-nombor yang menunjukkan peratusan kandungan emas mereka, seperti dibawah:
* 18K gold, ditandakan 750 untuk menunjukkan 75% emas
* 14K gold, ditandakan 585 untuk menunjukkan 58.5% emas
* 10K gold, ditandakan 417 untuk menunjukkan 41.7% emas

Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas 
Selain dari tanda karat pada perhiasan emas anda, ia juga perlu disertai dengan tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya. Tanda negara asal barangan mungkin juga akan disertakan.

Di kebanyakan negara di dunia undang-undang menghendaki setiap barang kemas secara jelas dicop dengan simbol karat. Ia sering dikawal melalui sistem "Hallmarking" yang berasal dari London di "Goldsmiths' Hall" mulai abad ke 14. Hari ini "Hallmarking" adalah diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Peranchis dan Bahrain. Jika tiada undang-undang yang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop tanda perusahaan mereka termasuk karat dan ketulenan.

Hallmark ialah satu tanda atau beberapa siri tanda dicetak pada logam berharga seperti platinum, emas, perak dan di sesetengah negara, palladium.
Hallmark sering disalah ertikan dengan perkataan trademark. Hallmark ialah satu tanda rasmi yang mengesahkan ketulenan sesuatu logam, trademark pula adalah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dan membuat sesuatu produk.
Common Control Mark atau CCM yang biasa dilihat pada emas, perak & platinum.

Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain? 
Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sehari-hari kerana lembut, ia perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Menambahkan tembaga menghasilkan warna mawar atau merah muda.

Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)

Berbagai kaedah mekanikal digunakan untuk menerapkan lapisan emas kepada logam selain emas supaya sesuatu barang kemas itu menjadi jauh lebih murah. Semakin tebal lapisan emas disalutkan, bemakna semakin tahan lama dan sukar logam di dalamnya terdedah disebabkan hakisan.

Kandungan Emas Dalam Barang Kemas 
Kebanyakan barang-barang kemas baru telah ditanda yang menunjukkan berapa banyak dan apa jenis emas digunakan untuk salutan. Contoh yang ditulis 1/20 12k GF bermaksud bahawa perhiasan tersebut 1/20 berdasarkan berat emas 12k.

Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)

Saduran emas adalah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dengan emas dalam bentuk emas salutan, mungkin anda pernah terdengar istilah-istilah seperti mencuci emas atau mengilatkan barang kemas secara percuma setahun sekali apabila membeli barangan kemas mereka, ini menggambarkan lapisan emas yang disadurkan sangat tipis dan tidak bermanfaat atau tahan lama dan perlu di sadur semula.

Jadi, Apa yang Harus Anda Beli? 
Emas tumpat (Solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas, seperti emas 18K atau 22k. Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai samaada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan anda.

p/s : Artikel ini saya salin dr sumber utk perkongsian pembacaan sahaja. JIka nak share sila edit dgn gaya bahasa anda . Penulis asal Emas Dunia.

p/s 2: dah baca boleh komen " Saya doakan Gedung Barang Kemas GSR maju dan berjaya"

ZAKAT EMAS DAN PERAK

1. Mengetahui kaedah pengiraan zakat Emas dan Perak.

2. Saya masih teringat semasa ceramah oleh ust Fauwaz semasa Kenduri awal tahun yang lalu. Alang2 berniaga biar sampai keluarkan zakat. Maksudnya alang2 berniaga biar sampai untung dan boleh simpan setahun dlm nilai RM13,500 atau 85gram Emas.

Maka kita akan boleh mengembangkan ekonomi umat Islam dengan bantuan zakat drpd anda. Saya dakan semua pengedar GSR dapat simpan 85g emas tahun ini Amiin..

3. Artikel di bawah sy copy dr pelbagai sumber. insyaAllah akan memberikan manfaat kepada anda jika baca sampai habis. ;-)


Bismillah..

Kewajipan zakat ke atas logam Emas dan Perak dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud: 

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”. At- Taubah; ayat 34-35

Istilah asas yang kita kena ketahui:

1. Nisab bermakna nilai yang dikenakan zakat

2. Uruf bermakna nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat

3. Haul bermakna tempoh masa iaitu setahun hijrah


Syarat-Syarat Wajib Zakat Emas :-

Islam pemiliknya.

Cukup nisab.

Cukup haul atau setahun di dalam milik mengikut kiraan tahun hijrah.

Milik yang sempurna.


Zakat Emas terbahagi kepada 2 keadaan... iaitu yang disimpan atau "tidak dipakai" ( jongkong emas , dinar dan barang kemas tak dipakai walaupun sekali ) dan yang dipakai ( kebiasaanya barang kemas), maka pengiraannya juga berbeza.
Emas dan Perak Yang Tidak Dipakai atau Disimpan.

Dari Ali bin Abu Talib r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 
".. tidak diwajibkan atasmu sesuatupun - pada emas - sehingga ada bagimu 20 dinar, kalau engkau ada 20 dan ia pula genap setahun lamanya dalam simpananmu, maka zakatnya ialah 1/2 dinar. Seterusnya yang lebih dari itu hendaklah dikira menurut kiraan yang tersebut (dan dikeluarkan zakatnya) .." (Hadith Hasan - Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
Dari Ali bin Abu Talib r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila engkau ada 200 dirham, dan ia pula telah genap setahun dalam simpanan mu, maka zakatnya (yang wajib kamu keluarkan) ialah 5 dirham .." (Hadith Hasan - Riwayat Abu Daud)

Secara ringkasnya, Jumlah Zakat yg dikenakan untuk:

Emas:
Nisab : 20 dinar atau 85 gram
Kadar : 1/2 dinar drpd 20 Dinar atau 2.5 %
Haul : Genap Setahun dalam simpanan

Perak:
Nisab : 200 Dirham atau 595 gram
Kadar : 5 dirham drdp 200 dirham atau 2.5%
Haul : Genap Setahun dalam Simpanan 
Contoh Pengiraan:
Kaedah pengiraannya ialah: [(Timbangan emas per gram) x (Harga emas semasa / gram)] x 2.5%
Harga semasa emas adalah RM162.13 per gram dan Emas tersimpan seberat 90 gram.
maka kadar zakatnya : [90 gram x 162.13] x 2.5% = RM 364.79Andaikan 1 gram perak = RM 0.62 dan Perak yang dimiliki seberat 1000 gram.
maka kadar zakatnya = [1000 gram x RM 0.62] x 2.5% = RM15.50(Harus diingat, kadar harga semasa bagi nisab emas dan perak sentiasa berubah - ubah mengikut harga emas dan perak semasa jadi perlu dirujuk dgn pusat zakat berhampiran anda )

Emas Yang Dipakai sebagai Perhiasan

Emas yang dipakai sebagai perhiasan walaupun hanya sekali dalam setahun TIDAK wajib dikeluarkan zakat keatasnya, walaubagaimanapun sekiranya melebihi URUF yang telah ditetapkan maka WAJIB dikeluarkan zakat keatas perbezaan berat itu. Kadar Uruf adalah mengikut negeri - negeri di Malaysia seperti berikut:

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.

Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram

Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram

Uruf emas bagi negeri Melaka adalah 200 gram

Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram

Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram

Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram

Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram

Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf

Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram

Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram

Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram

Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000

Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)
Semakkan kadar uruf perlulah dibuat dari masa ke masa di Pusat Punggutan Zakat berhampiran anda 

Contoh Pengiraan:
Bagi yang bermastautin di Kuala Lumpur kadar uruf = 150 gram, berat emas = 320 gram dan harga semasa = RM162.13

maka berat yang dikenakan zakat = 320 gram - 150 gram = 170 gram

kadar zakat yang perlu dikeluarkan = [170 gram x RM162.13] x 2.5% = RM 689.05
Persoalan Lazim Berkaitan Zakat Emas dan Perak

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?

Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?

Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?

Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?

Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

(sumber:http://www.e-zakat.com.my/soalan-lazim/)

5 comments:

  1. kalau nombor tu 409 mcm maner

    ReplyDelete
  2. ade x barang kemas takde cop... contohnya cincin

    ReplyDelete
  3. kalau cincin cop hanye 8kg sahaje dan cop wy,?adakah
    itu cop palsu??atau cop itu memng ada

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Saya nak bertanya bab ketulenan..
    Makcik saya ada menyimpan seutas gelang tangan emas
    Jadi cop pada lock dia 916 serta SC
    Adakah gelang tangan yg bercop 916 SC tulen?

    ReplyDelete
  5. Sy punya rantai yg cop 750 cx apkh itu emas

    ReplyDelete